Peringatan Rasulullah saw tentang ke
Maksudnya;
Dari Abdullan bin Umar ra katanya:Rasulullah s.a.w datang berjumpa kami lalu baginda menyampaikan ucapannya:"Wahai Kaum Muhajirin! Lima perkara,aku memohon perlindungan dengan Allah s.w.t semoga ianya tidak sempat menimpa kamu;Tidak merebaknya perlakuan terkutuk (zina) dalam sesuatu bangsa sehigga mereka melakukannya secara terang-terangan melaikan merebak jualan taun dan wabak penyakit yang belum pernah berlaku kepada manusia terdahulu;Tidaklah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan melaikan mereka dihukum dengan kemarau panjang,kesempitan hidup dan kezaliman pemerintah;tidak mereka menahan harta mereka dari mengeluarkan zakat melaikan mereka ditahan dari mendapat hujan dari langit kalau tidak kerana binatang ternak,pasti mereka tidak mendapat hujan;Tidaklah pemerintah-pemerintah di kalangan mereka memerintah tanpa berpandukan kitab Allah dan memilih-milih dalam melaksanakan perkara yang telah diperturunkan oleh Allah,melaikan Allah menjadikan kemusnahan mereka berlaku (kerana perbalahan )sesama mereka.
Pendahuluan
1.Perlakuan zina secara berleluasa mengundang penyakit yang tiada ubatnya.
2.Penipuan dalam sukatan dan timbangan menyebabkan kemarau panjang,kesempitan hidup dan kezaliman pemerintah.
3.Menahan harta zakat seperti menahan hujan dari langit.
4.Tidak memelihara perjanjian dengan Allah s.w.t dan Rasul s.a.w mengundang musuh berkuasa.
5.Tidak melaksanakan pemerintahan Islam menyebabkan kehancuran dari perpecahan sesama sendiri.
Pengajaran Hadith.
1.Menolak bala daripada Allah s.w.t dengan menghidupkan budaya menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam hidup. Tanpa budaya ini,manusia menjadi lalai dan maksiat menjadi berleluasa. Jika inilah yang berlaku,maka bala Allah s.w.t boleh berlaku bila-bila masa ban bala tentera Allah s.w.t berada di mana jua.
2.Hukuman Allah s.w.t adalah dari jenis perbuatan manusia. Mengubat kemahuan nafsu dengan berzina mengakibatkan penyakit yang tiada ubatnya. Menipu untuk mendapatkan kemewahan membawa kepada kesempitan hidup. Manahan harta dari zakat akibatnya Allah s.w.t menahan hujan turun dari langit. Mencari cara hidup lain dari Islam akhirnya terperangkat dalam penjajahan asing. Tidak menyelesaikan urusan mengikut peraturan Allah s.w.t menatijahkan permasalahan tanpa penyelesaian.
3.Rahmat hidup berpandukan ajaran Islam.Rasulullah s.a.w meninggalkan kita di atas landasan yang sangat jelas. Segala perkara telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w Bermula dari punca permasalahan,kesan dan natijahnya sehingga kepada jaln penyelesaiannya. Terpulang kepada kita untuk menerima dan mengamalkannya.Apakah hujah dan alasan kita dihadapan Allah s.w.t nantiadaan umat manusia diakhir zaman.
0 ulasan:
Catat Ulasan