Rabu, 16 Disember 2009

Kelebihan 10 Muharram


Dipetik dari laman web Malnumenes, seorang sahabat dari Indonesia.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya :


                            • pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid

                            • dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.

                            • Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

                            Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan

                            • langit dan bumi pada hari Aasyura,

                            • menjadikan laut pada hari Aasyura,

                            • menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura,

                            • menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura,

                            • lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura,

                            • Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,

                            • Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura,

                            • Menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura,

                            • Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura,

                            • Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura,

                            • Akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!"

                            Wahai insan, ayuhlah bersegera mengerjakan amal kebajikan dan mempertingkatkan kualiti amal ibadah kita.


                            Cermati bacaan AlFatihah dalam solatmu. Di situ letak kepala doa, senjata terkuat kita untuk melawan musuh. Samada musuh zahir atau batin, musuh hari ini atau esok, musuh saya atau dia. semua musuh adalah perlu diperangi.


                            Maka, ayuh kita meraikan 10 Muharam dengan berpuasa tanda syukur pada Tuhan Allah yang Menciptakan...Selawat...

                            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...